KEMBALI menghidupkan lagu Cinta Di Akhir Garisan dengan versi baharu, komposer Ajai sedar akan wujud perbandingan dalam kalangan peminat terhadap karya yang sudah popular sejak 1998.
Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam penghasilan Cinta Di Akhir Garisan 2.0, Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, berkata pembaharuan yang dilakukan pasti memberikan kepuasan kepada pendengar.
“Mesti akan ada perbandingan. Kalau buat versi baharu, mestilah dengan cara baharu.

Nadeera, Marsha, Aisha dan Adira diberi kepercayaan menyanyikan lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0.






