HAMPIR tiga dekad selepas fenomena gabungan empat vokal hebat wanita dalam Cinta Di Akhir Garisan, lagu itu diterbitkan semula dengan nafas baharu dengan judul Cinta Di Akhir Garisan 2.0 (CDAG 2.0).
Lagu yang mendapat kerjasama Usanita Entertainment dan penerbit muzik Ajai itu dinyanyikan kembali oleh Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno.
Ia bukan sekadar menghidupkan semula sebuah karya popular, malah tampil dengan susunan muzik berskala lebih besar dan pendekatan vokal bersesuaian identiti empat penyanyi tersebut.







