PELAKON dan pempengaruh media sosial dari Vietnam, Cindy diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama All Star Influencer Award 2025 (ASIA2025) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Cindy atau nama sebenarnya Huỳnh Thị Diễm Mi, 24, bukan sahaja membawa pulang wang tunai AS$15,000 (RM71,000), malah turut menerima trofi eksklusif dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Menurut Cindy, dia langsung tak menjangka akan merangkul kemenangan utama itu dan menganggapnya sebagai satu rezeki besar yang ingin dikongsi bersama keluarga.

Cindy ketika diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama ASIA 2025.







