ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menemani ibunya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Cik B atau Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata dia berharap dapat memeluk dan menenangkan hati ibunya yang pasti dalam keadaan kesedihan ketika ini.
“Kalau Mama pergi umrah mesti saya nak ikut sebab saya tahu mama mesti akan menangis setiap kali mendoakan untuk semua orang termasuk keluarga dan staf.
Cik B berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok.