PESERTA program Talk To My Manager musim kedua (TTTM2), Cik B memberitahu dia sudah lali dengan kecaman yang diterimanya di media sosial sepanjang penyertaan dalam pertandingan tersebut.
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkata dia menyedari pelbagai komen dan pandangan yang diberikan netizen, namun memilih untuk tidak terlalu berfikir kerana berasakan ia tidak memberi kesan kepada diri.
"Saya sebenarnya tak rasa apa-apa (baca komen). Saya bukan nak kata tak kisah cuma sudah terbiasa.

Persembahan Cik B mendapat sorakan penonton.





