PELAKON Cik B menyifatkan usahawan sensasi Datuk Seri Vida adalah seorang ibu yang hebat dan kuat kerana mampu membesarkan anak-anak dengan baik.
Menitip ucapan istimewa itu sempena ulang tahun Vida ke-53, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana tidak pernah berhenti berdoa dan memberikan kebahagiaan buat dirinya dan adik iaitu Eric Zaquan atau lebih mesra disapa Kacak.
“Mama (panggilan Vida) yang hebat. Seorang ibu tunggal yang paling hebat dan kuat. Terima kasih selalu doakan Cik B, bagi apa yang Cik B nak tak pernah cakap tak boleh.

Cik B menitipkan ucapan hari lahir yang ke-53 buat Vida (kanan).





