USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Christy Ng meluahkan rasa teruja untuk menyambut Ramadan tahun ini apabila bakal berpuasa bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Boys.
Menurut Christy, meskipun ini bukan pengalaman pertamanya berpuasa namun dia pernah melakukan kesilapan ketika bersahur sehingga menyebabkan dirinya berdepan kehausan teruk.
"Saya memang pernah cuba puasa, tapi sangat susah kerana hanya makan mi segera untuk sahur. Saya tiada pengalaman jadi agak ‘bongok’ sedikit.

Gelagat Christy dan The Bengap Boys menghiburkan hati ramai.






