PENGACARA dan penyampai radio, Aishah Sinclair, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada jari kiri akibat terkena mesin pencincang makanan yang digunakan di rumah.
Perkara itu dikongsikan rakannya iaitu pelakon Dynas Mokhtar menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.
Menurut Dynas, 43, insiden tersebut dipercayai berlaku ketika Aishah menggunakan alat berkenaan yang dibeli menerusi jualan dalam talian.
Dynas melawat Aishah di hospital.





