PELAKON Sophia Albarakbah tampil memberi penjelasan berhubung kritikan netizen terhadap filem lakonannya Abu Si Raksasa, berkenaan penggunaan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) tidak mencapai ekspekstasi penonton.
Kata Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, dia mengakui teknik CGI filem berkenaan masih belum mencapai taraf antarabangsa, namun yakin sekiranya diberikan lebih masa dan peluang, anak tempatan juga mampu menghasilkan karya lebih baik.
“Saya akui teknik CGI filem ini tidak mencapai standard kalau nak dibandingkan dengan filem-filem Hollywood seperti Marvel.







