RAMADAN kali ini memberi cabaran tersendiri buat pelakon Izara Aishah apabila menjalani ibadah puasa dalam keadaan sarat hamil anak ketiga.
Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 34, berkata pada usia kandungan tujuh bulan, dia kini lebih mudah berasa letih dan tidak mampu berdiri terlalu lama.
"Saya cepat berasa lelah sebab tak cukup nafas bila mengandung. Saya juga tak boleh berdiri terlalu lama. Malah ada hari yang saya tak dapat nak puasa sebab kerap rasa nak pitam.
Sarat hamil tujuh bulan, Izara Aisyah tetap cuba berpuasa walaupun ada hari hampir pitam.

Izara dijangka bersalin selepas Aidilfitri. 



