PELAKON Datuk Remy Ishak memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik selepas dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk semasa menjalani penggambaran filem Takluk 2 Ops Daulat pada Rabu.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata insiden tersebut berlaku ketika dia melakonkan salah satu babak aksi, namun menegaskan kecederaan dialaminya itu tidak serius.
“Keadaan saya okay, tiada yang serius. Semuanya okay! Semalam memang ada berlaku sedikit kemalangan kecil ketika melakonkan babak dalam filem aksi Takluk 2 Ops Daulat.

Remy menahan sakit sebaik sahaja alami kecerderaan.





