Hiburan

Caprice diperintah arkib 31 hantaran didakwa fitnah Asyraf Khalid di IG, peguam terima maklum balas positif selepas anak guam berani ambil tindakan

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan penyanyi rap, Caprice menyimpan 31 hantaran yang didakwa berunsur fitnah terhadap usahawan Muhammad Asyraf Khalid, dalam arkib Instagram (IG) miliknya pada Isnin menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak.

Peguam yang mewakili Asyraf iaitu Abdul Hakeem Aiman berkata, ramai yang berpuas hati apabila anak guamnya tampil mengambil tindakan tersebut.

“Sebelum ini mungkin ramai yang mahu bersuara atau lawan tetapi tak semua ada keberanian, kemampuan dan sokongan keluarga untuk ambil tindakan sedemikian (undang-undang).

Abdul Hakeem (kanan) mewakili Asyraf dalam menggendalikan kes injunksi terhadap Caprice.

Abdul Hakeem (kanan) mewakili Asyraf dalam menggendalikan kes injunksi terhadap Caprice.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh