PENYANYI Cakra Khan mengumumkan akan berehat daripada mengadakan konsert solo kerana mahu menghiburkan peminat dengan karya-karya baharu.
Kata Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 33, keputusan itu dibuat atas faktor sudah tiga tahun berturut-turut dia mengadakan konsert di Malaysia.
“Sebenarnya selepas ini saya mengambil keputusan untuk berehat (dari konsert). Sudah tiga tahun berturut saya mengadakan konsert di Malaysia.

Cakra mahu menghasilkan karya lebih baik buat peminat.





