KUMPULAN rock Butterfingers meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka dengan konsert Butterfingers 1.2 Milligrams 30 di Odeon KL Event Hall pada 8 dan 9 Ogos depan.
Menariknya, konsert itu bakal diadakan dalam dua sesi iaitu malam 8 Ogos dan siang 9 Ogos susulan sambutan menggalakkan daripada peminat.
Vokalisnya, Emmett Roslan Ishak berkata, persembahan itu membawa penonton mengimbau semula era 90-an menerusi lagu-lagu yang membentuk perjalanan awal kumpulan tersebut.

Butterfingers janjikan persembahan yang memuaskan hati peminat.






