PENYANYI Bunga Citra Lestari (BCL) selamat disatukan dengan lelaki pilihannya Tiko Aryawardhana di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada petang Sabtu.
Pada majlis berkenaan, BCL cantik mengenakan busana adat Jawa berwarna putih yang dipadankan dengan suaminya.
Majlis tersebut dihadiri keluarga selain rakan dan saudara terdekat malah keluarga Ashraf Sinclair turut meraikan pasangan pengantin.
Aisyah turut dilihat menguruskan BCL semasa majlis.