SUASANA Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre malam Ahad berubah menjadi lautan emosi apabila penyanyi Bunga Citra Lestari mempersembahkan konsert ‘Eternal Love, Timeless Romance’ yang penuh dengan kisah cinta, kehilangan dan harapan baharu.
Ketika membawakan lagu Wanita Terbahagia, Bunga atau lebih mesra disapa BCL tampil terbuka berkongsi kisah peribadi mengenai pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, yang menjadi momen paling getir dalam hidupnya.
“Lagu Wanita Terbahagia ini saya hadiahkan kepada arwah suami saya (Ashraf). Kehadiran Ashraf dan Noah (anak) menjadikan saya wanita bahagia.







