BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah binti Ahmad Tawfek menuntut bukti susulan dakwaan dia berhutang sebanyak RM2.3 juta.
Membalas di laman Threads miliknya, Dr Afifah atau Dr Fie, 36, menghuraikan isu itu apabila beberapa pengguna media sosial bertanyakan situasi yang sebenar ekoran pendedahan bekas suaminya.
“Buktikan saya berhutang,” tulisnya pada beberapa ruangan komen.







