PELAKON Fify Azmi tampil berkongsi alasan dia membuat pendedahan secara terbuka di media sosial, mendakwa dirinya dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini.
Menurut Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, hantaran itu sama sekali tidak memberi gambaran dia masih mengharapkan cinta seseorang, sebaliknya sekadar terpanggil untuk mendedahkan kebenaran.
“Tangkap layar yang dikongsi bukan kerana saya masih mengharap. Ia dibuat kerana sampai satu tahap di mana berdiam diri mula dilihat seolah-olah saya menerima perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.






