PELAKON Datin Atikah Suhaime mengakui pengalaman bergelar ibu membuatkan dia kini lebih memahami mengapa ada segelintir ibu bapa meletakkan hantaran tinggi buat anak perempuan mereka.
Menurut Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, perasaan itu hadir selepas dia melahirkan dan membesarkan cahaya mata sulungnya iaitu Lyla Mulan Teh.
Katanya, pengalaman menjaga sendiri anak kecil membuka mata mengenai besarnya pengorbanan seorang ibu selain membuatkan dia lebih memahami kebimbangan orang tua terhadap keselamatan dan kesejahteraan anak perempuan mereka.







