BUKAN sekadar bakat, malah imej juga antara perkara penting yang perlu diambil kira untuk menjadi seorang penyanyi.
Itu antara disuarakan oleh penyanyi Ziana Zain yang berpendapat ia sebagai keperluan bagi anak seni untuk terus bertahan lama.
Bagi Ziana atau Siti Roziana Zain, 56, perkara tersebut juga merupakan kriteria yang sering dipandang oleh peminat seni tempatan.







