TEKA-TEKI kononnya pelakon Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila seorang kerabat Perak tampil menjelaskan majlis pernikahan yang berlangsung bukan milik aktres berkenaan.
Syed Saif Alsagoff yang merupakan anakanda kepada Raja Puan Besar Perak iaitu Raja Nazhatul Shima Raja Idris Shah sebaliknya memberitahu itu adalah majlis pernikahan sepupunya.
“Tahniah sepupu, Semoga Allah merahmati anda berdua,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen di video yang dimuat naik di laman TikTok.

Ramai yang menyangka Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga.






