PENGARAH Feroz Kader meluahkan rasa kagum terhadap komitmen ditunjukkan pelakon Zarif Ghazzi yang sanggup meneruskan penggambaran walaupun mengalami kecederaan ketika penggambaran drama bersiri Viu Originals, Cela.
Menurut Feroz, sikap profesional Zarif wajar dicontohi kerana pelakon baharu itu tidak mengeluh atau meminta penggambaran dihentikan ketika berdepan kesakitan.
“Dia bukan pelakon yang manja. Memang nampak komitmen dia. Malah apabila kami suruh dia berehat untuk tenangkan diri sekejap, dia kata, ‘kita teruskan saja’.

Feroz hanya menyedari kecederaan Zarif selepas penggambaran didihentikan.






