SELEPAS sah bercerai dengan Fattah Amin, pelakon Fazura mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia.
Bukan mahu bersikap riyak, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata dia hanya sekadar berkongsi situasi sedang dilalui dan bersyukur mampu berdepan segala ujian itu dengan baik.
“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riyak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang.







