SUSULAN berkongsi pengalaman bertemu peniaga yang tidak mesra pelanggan, pelakon dan pengacara Adriana Adnan menegaskan niatnya bukan untuk menjatuhkan sesiapa.
Sebaliknya, Adriana, 31, berkata, perkongsiannya itu hanyalah bertujuan menyebarkan kesedaran tentang pentingnya sikap mesra pelanggan.
Malah, Adriana berharap peniaga lain tidak berasa takut atau keberatan untuk bertemu dengannya apabila dia berada di mana-mana pasar malam selepas ini.

Niat Adriana hanya mahu sebarkan perkara positif.






