PERNAH mengalami kegagalan dalam percintaan, pelakon Amelia Christie belum terbuka hati mencari pengganti.
Amelia atau Amelia Christie, 24, sebaliknya berada dalam fasa gembira dengan kehidupan solo malah tidak berminat menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
“Tidak, saya tidak mempunyai teman lelaki dan saya tidak berminat. Sekarang saya single dan tak berminat menjalinkan hubungan,” katanya.