PERNAH menjadi mangsa penipuan bekas pekerja, pelakon dan penyanyi Azza Elite tampil berkongsi semula pengalaman tersebut sebagai peringatan kepada rakan usahawan agar lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan.
Azza atau nama sebenarnya Nir Azzarima Zawari, 49, berkata perkongsiannya dibuat susulan isu penipuan yang sedang hangat diperkatakan melibatkan pembayaran cukai beberapa usahawan ketika ini.
“Itu kes tahun lepas. Individu terbabit juga sudah ditahan dan kini telah dibebaskan.
Azza mahu kisahnya dijadikan pengajaran orang ramai.

Azza harap bekas perkerjanya insaf dari perbuatan menipu.



