SELEPAS membuat luahan di media sosial, pelakon Hafidz Roshdi tampil menjelaskan tujuan dia bertindak sedemikian bukanlah untuk mengeruhkan lagi hubungan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Sebaliknya, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 32, berkata dia hanya ingin menuntut hak sebagai seorang bapa agar dapat berhubung dengan anak mereka yang kini menetap di Australia bersama Nurul Shuhada.
“Saya tak mahu bergaduh, saya tak mahu mengeruhkan keadaan. Saya hanya minta nombor telefon anak supaya kami dapat berhubung. Sudah lama saya tidak berhubung dengan anak.

Hafidz minta Shuhada memberi respons baik untuk dia berhubung dengan anak-anak.






