PENYANYI dan pelakon Alvin Chong kembali dengan karya terbaharu berjudul Syarat Cinta, sekali gus menjadi buah tangan terbaharu buat peminat.
Pelancaran lagu itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan kisah peribadi penyanyi berusia 35 tahun itu.
Menjelaskan perkara tersebut, Alvin yang kini mahu dikenali sebagai Alvn berkata, Syarat Cinta bukan diilhamkan daripada pengalaman cintanya sendiri, sebaliknya lahir daripada pemerhatiannya terhadap makna cinta yang berubah seiring pertambahan usia.

Syarat Cinta bukan kisah hati Alvin.





