RAMAI menyangka usahawan dan personaliti media sosial, Natasha Ozeir merupakan ahli keluarga kerabat diraja sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘Tengku’.
Menjelaskan kekeliruan itu, Natasha, 40, berkata dia sebenarnya bukan daripada golongan kerabat diraja, sebaliknya insan biasa yang dilahirkan di Sabah.
Menurut Natasha, ibunya berasal dari Sabah manakala arwah bapanya pula berketurunan Lubnan.

Natasha bersama bapa dan abangnya.






