BERSIMPATI dengan nasib jemaah yang terkandas daripada mengerjakan ibadah umrah, pelakon Datuk Aaron Aziz sanggup mengeluarkan wang sebanyak kira-kira RM90,000 untuk menampung kos pengurusan agensi berkenaan.
Kata Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, sekiranya dia tidak mengeluarkan wang tersebut, seramai 40 jemaah tidak dapat melaksanakan ibadah umrah mengikut waktu yang dirancang.
“Sebenarnya kalau saya tak keluarkan duit, 40 orang jemaah ini akan tersangkut macam itulah… Saya tengok gambar-gambar semua jemaah yang merupakan pakcik dan makcik.
Aaron akhirnya jelaskan kekeliruan yang berlaku.