VIDEO penyanyi Ben Ladin mencukur botak rambutnya sebelum ini mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang menyangka dia menghidap penyakit kanser.
Menjelaskan perkara sebenar, Ben atau Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 25, memberitahu doktor mengesahkan dia menghidap alopecia areata yang kritikal, iaitu sejenis penyakit menyebabkan keguguran rambut.
“Saya baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan hari ini (Rabu). Doktor memaklumkan tentang penyakit saya yang berada pada tahap kritikal. Keadaan ini juga membimbangkan dan boleh membawa kepada kanser.







