Hiburan

Bukan hadiah biasa-biasa! Kelab peminat wakaf telaga air sempena perkahwinan Bella, Syed Saddiq

BAGI meraikan perkahwinan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kelab peminat pasangan itu menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakna buat mereka.

Menerusi perkongsian di Threads rasmi Team BASS Official (TBO), kelab peminat itu memaklumkan mereka mewakafkan sebuah telaga air untuk kegunaan penduduk kampung di Guinea, Afrika sebagai hadiah perkahwinan pasangan berkenaan.

"Salah satu hadiah perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah daripada TBO adalah wakaf telaga air untuk penduduk kampung di Guinea," katanya.

Telaga hadiah istimewa TBO buat Syed Saddiq dan Bella.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh