PELAKON Rita Rudaini mengambil inisiatif sendiri merancang menu makanan khas buat anak sulungnya yang kini sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Menurut Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, dia mengambil inisiatif merancang sendiri menu makanan bersesuaian selain mendapatkan kerjasama pihak kafe untuk menyediakan hidangan tersebut.
"Sepanjang anak saya tengah menjalani peperiksaan percubaan SPM, saya sendiri ambil inisiatif untuk jaga pemakanan dia.






