PENYANYI dan komposer Aisha Retno bakal menunaikan janjinya untuk memberikan sebuah karya istimewa kepada anak pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam.
Menerusi satu panggilan video yang dilakukan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mendedahkan lagu yang digubah khas buat Adrian itu bertemakan ketuhanan.
“Lagu ini adalah hadiah. Kalau sudi (nak terima lagu ini), ia bertemakan ketuhanan. Saya rasa tak sabar pula nak bagi lagu ini dan saya yakin awak akan suka,” kata Aisha kepada Adrian.

Amyza dan Adrian terharu dapat lagu daripada Aisha Retno.





