PELAKON Badron Munirah menjelaskan pendedahannya mengenai mesej yang diterima daripada lelaki berstatus suami orang bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
Sebaliknya, Badron atau Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah, 27, berkata perkongsian tersebut sekadar peringatan kepada orang ramai agar tidak bertindak keterlaluan dalam berkomunikasi di media sosial.
“Pendedahan itu dibuat dengan satu niat, sebagai teguran dan peringatan kepada netizen agar lebih matang dan berfikir panjang sebelum menulis atau menghantar mesej bukan-bukan,” katanya.

Badron nasihat peminat jaga batas.




