PELAKON Anzalna Nasir berpendapat tiada keperluan bagi mana-mana individu termasuk rakan artis untuk bersikap sombong sesama manusia.
Bagi Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 38, kelebihan dari segi kekayaan, kecantikan mahupun kepandaian bukanlah alasan untuk mendabik dada kepada orang lain.
“Akhir-akhir ini asyik terbaca fasal artis yang sombong. Tapi bukan hanya sekadar artis, sesiapa sahaja pun boleh jadi seperti itu.
Anzalna berkongsi perkara itu di halaman Threadsnya.

Anzalna akan bersikap sombong sekiranya dilayan seperti itu. 



