PELAWAK Sharif Zero menganggap perkongsian mengenai kisah hidup adiknya iaitu Atu yang didedahkan sebelum ini hanya bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Tiada niat untuk memburukkan keadaan, Sharif atau Sharif Kadir Dol Sharif, 34, juga secara terbuka memohon maaf sekiranya Atu berasa kurang senang dengan pendedahan cerita berkenaan.
“Saya hanya mahu kongsi pengalaman dia untuk dijadikan inspirasi. Kalau dia anggap ia mengaibkan, saya tidak boleh salahkannya. Dia berhak bersuara sebab saya bercakap tentang kisahnya.

Perkongsian Sharif menimbulkan salah faham ramai.






