BERSEMPENA 25 tahun perjalanan seninya, penyanyi terkenal Shila Amzah tampil dengan album berjudul SA25 sebagai penghargaan buat peminat setia yang teguh menyokong sejak awal kemunculannya pada tahun 2000.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata album tersebut membawa pendengar menyusuri pelbagai fasa penting dalam hidup dan kerjayanya sepanjang dua dekad setengah bergelar anak seni.
"SA itu mewakili nama saya, Shila Amzah, manakala 25 merujuk ulang tahun saya dalam industri. Ini adalah fasa terbaik dalam hidup dan kerjaya saya," katanya.

SA25 serlahkan sisi matang Shila.






