PENYANYI rap dan aktivis kemanusian Caprice kini dibenarkan berkongsi sebarang berita melibatkan pendakwah Ebit Lew.
Caprice atau Ariz Ramli, 37, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan menarik balik injuksi interim yang menghalangnya mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan terhadap Ebit sebelum ini.
Ebit juga diperintahkan membayar wang yang tidak didedahkan jumlahnya kepada Caprice.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.






