PELAKON Fasha Sandha mengingatkan orang ramai termasuklah rakan industri agar sentiasa menjaga tutur kata dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur provokasi sehingga mengguris hati pihak lain susulan ketegangan yang tercetus antara Malaysia dan Indonesia.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan peribadi masing-masing, namun perlu mempunyai batasan.
"Pada saya, apa yang kita katakan itu jangan sampai mengguris hati orang lain.

Fasha mengingatkan tentang batasan untuk bebas bersuara.





