TIDAK menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang, penyanyi terkenal, Ernie Zakri terpaksa bergegas kembali ke pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-37 untuk menerima trofi Bintang Paling Popular dalam keadaan serba tidak bersedia, malam tadi.
Ernie yang terkenal menerusi lagu Masing-Masing melangkah ke pentas hanya mengenakan blaus rona merah jingga, dipadankan dengan tudung lilit serta sandal.
Kata Ernie, selepas dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular dia merancang untuk terus pulang dan meraikan kemenangan bersama suami, Syamel, serta anak mereka, Nur Khawla Soleha, di sebuah restoran.
Ernie gagal menahan air mata sebaik diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37.

Ernie menerima hadiah wang tunai RM30,000 selepas diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37.



