PENGALAMAN peribadi yang pernah dilalui sebelum ini memberi inspirasi buat penyanyi Black Hanifah untuk tampil dengan lagu baharu berjudul Hadirmu Ramadhan.
Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, berkata karya hasil ciptaannya itu juga secara tidak langsung membawa gambaran keindahan bulan Ramadan.
“Lagu tercetus daripada suasana Ramadan itu sendiri seperti kenangan malam-malam sunyi, doa yang dipenuhi kesyahduan serta rasa rindu yang hadir setiap kali bulan mulia ini menjelma.






