DUA anggota kumpulan Wings iaitu Black dan Eddie membuat kejutan apabila mengumumkan secara rasmi keluar daripada band itu berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
Kedua-dua mereka memaklumkan keputusan itu dibuat secara bersama dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan Wings.

Black dan Eddie tidak lagi bersama Wings.
"Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau dikenali Eddie, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu bertarikh 8 Oktober 2025," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.





