AMALAN syirik yang masih menjadi amalan segelintir masyarakat memberi ilham kepada penghasilan filem seram terbaharu berjudul Bisikan Dosa.
Penerbitnya Yusry Makmor berkata, idea itu tercetus apabila dia bersama rakannya membuat kajian berkaitan filem-filem seram yang menjadi tarikan penonton.
Jelas Yusry, bagi memastikan jalan ceritanya menarik, dia memasukkan unsur realistik tentang amalan-amalan masih diamalkan seperti mandi bunga bagi menguatkan jalan cerita.
Uqasha turut membintangi Bisikan Dosa.