TAMPIL dalam filem yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI), penyanyi dan pelakon Chubb-E tidak melihat perkembangan teknologi itu perkara yang perlu ditakuti.
Sebaliknya, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn Awang Ashrul Affandy, 27, menganggap projek tersebut sebagai satu usaha meneroka teknologi baharu dalam industri seni.
Menurutnya, setiap perkara baharu pasti mempunyai pihak yang menyokong dan sebaliknya, namun apa yang penting adalah keberanian untuk mencuba.

Chubb-E berpendapat manusia tidak perlu takut dengan perkembangan teknologi AI.






