PERTAMA kali menyertai pertandingan nyanyian, penyanyi cilik Ahmad Dayyan meluahkan rasa bimbang sekiranya tersilap tingkah semasa membuat persembahan sepanjang penyertaan dalam program Talk To My Manager.
Ahmad atau mesra disapa Amad, 13, berkata pengalaman terkucil semasa menyanyi dalam satu acara besar sebelum ini menyebabkan dia takut untuk beraksi di atas pentas rancangan realiti.
“Ini pertama kali, memang risau terkeluar suara angsa sebab itu takut nak masuk rancangan realiti.

Amad dengar nasihat ibu.






