PELAKON Ezzanie Jasny mengakui sudah lali apabila sering dilabel sebagai pelakon yang hanya sesuai memegang watak wanita teraniaya, didera dan sarat dengan air mata.
Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, mendedahkan impak daripada kerap membawakan watak berat itu menyebabkan dia mengalami keletihan melampau pada mental dan fizikal.
“Seperti biasa, rasa-rasanya semua orang pun tahu kalau cerita kena pukul-pukul, memang wajah saya. Ada kesan dan paling ketara terhadap mental dan fizikal, sangat penat.

Ezzanie harap ini merupakan tahun terakhir dia membawakan watak sebegini.






