PENYANYI Syasya Rizal tampil memberi penjelasan berhubung isu termakan daging babi di sebuah restoran di China.
Tidak seperti yang disangka ramai, kata Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24 makanan yang sedang dikunyah dalam sebuah video sebelum ini bukan daging babi.
“Tempat yang saya pergi itu ada label halal. Bukannya saya pergi tempat sembarangan yang tidak halal. Kadang-kala kita lupa, lain negara, lain caranya. Ia proses belajar.

Syasya enggan orang ramai salah faham.






