BERSAHABAT sejak awal penglibatan dalam industri seni, pelakon Datuk Rosnani Jamil menyifatkan hubungannya dengan seniwati lagenda Datuk Seri Maria Menado rapat seperti sebuah keluarga.
Menurut Rosnani atau lebih mesra disapa Mak Nani, 90, hubungan itu mula terjalin akrab ketika mereka sama-sama menetap di Singapura pada usia muda.
“Di Singapura, kami memang kawan rapat kerana berjiran dan tinggal dalam satu kampung. Kami juga berasal dari Indonesia, dia dari Manado dan saya dari Padang.

Antara sahabat dan ahli keluarga yang hadir.






