STESEN radio Suria FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai penerima trofi kategori Penstriman Radio Secara Langsung di Malaysia di Asia-Pacific Broadcasting 2024.
Pengurus besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin memberitahu kejayaan dikecapi tidak akan diperoleh tanpa usaha keras semua kaki tangan stesen radio berkenaan dan sokongan pendengar.
“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Asia-Pacific Broadcasting 2024.
DJ Lin ketika memberi ucapan di anugerah tersebut.